Soalan Lazim (Q&A)
1. Adakah anak saya perlu membawa buku sendiri, atau semua disediakan?
Tidak perlu. Buku teks dan buku aktiviti telah disediakan dan termasuk dalam yuran modul. Anak hanya perlu membawa alat tulis sahaja.
2. Adakah ada ujian atau penilaian untuk pelajar KAFA?
Ya, terdapat ujian penilaian sebanyak dua kali setahun, iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun, untuk menilai pencapaian pelajar.
3. Anak saya baru nak belajar mengaji, bolehkah dia sertai KAFA?
Boleh. Kami menyediakan kelas intensif Iqra’ dan pengenalan kepada Al-Quran sebelum pembelajaran bermula. Guru-guru kami akan membimbing pelajar setiap hari.
4. Jika saya nak menghantar sendiri anak ke sekolah selepas kelas, bolehkah?
Boleh. Kami menawarkan tiga pakej fleksibel untuk memudahkan ibu bapa atau penjaga:
- Pakej 1: Yuran bulanan sahaja.
- Pakej 2: Yuran bulanan + yuran transit.
- Pakej 3: Yuran bulanan + yuran transit + pengangkutan.
Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda.
5. Apa yang termasuk dalam yuran pendaftaran?
Yuran pendaftaran meliputi:
- Penyelenggaraan.
- Nametag.
- Fail rekod pelajar.
- Pengurusan pendaftaran.
6. Jika cuti sekolah, adakah KAFA masih berjalan?
Semasa cuti sekolah, kelas KAFA juga akan bercuti.
8. Jika anak saya menghadapi kesukaran membaca Jawi, adakah perhatian khas akan diberikan?
Ya, guru kami akan memberikan perhatian tambahan kepada pelajar yang memerlukan bantuan. Mereka akan mengenal pasti kelemahan pelajar dan memberikan bimbingan secara individu untuk membantu meningkatkan kemahiran mereka.
9. Adakah anak-anak dibenarkan membawa bekal sendiri?
Ya, anak-anak dibenarkan membawa bekal sendiri. Walau bagaimanapun, yuran transit termasuk penyediaan makanan tetap sama, kerana ia merangkumi kos operasi keseluruhan perkhidmatan.